Thursday, 8 November 2012

Lawak 4

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah .

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar di sekolah itu.

Pada masa rehat , dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja .

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya .

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama . Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah .

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan .

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu ?"

Pelajar itu menjawab .

"Okey , boleh saja ."

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi .

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ," jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan .

"Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"


No comments: